Until Death Do Us Part - Jonas

Selasa, Mac 10, 2009

#234. Berita TV : Nana Tanjung jadi drama bersiri

SAMBUTAN positif terhadap drama bersiri Anak Mami mencetuskan ilham kepada Line Clear Motion Pictures untuk menerbitkan sitkom bersiri kekeluargaan, Nana Tanjung. Sitkom yang diterajui Pak Piee, Saiful Apek, Sheila Mambo, Waheeda, Ku Faridah, Fouziah Gous serta dua pendatang baru, Ramona dan Alisya Amir disiarkan setiap Isnin jam 10 malam di TV9 sejak 2 Mac lalu. Siri yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini tidak dinafikan mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton di pawagam.

Untuk rekod filem Nana Tanjung 2 terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) dengan kerjasama LineClear Motion Pictures memperoleh kutipan kasar lebih RM1.5 juta selepas tujuh hari ditayangkan bermula 29 November tahun lalu. Pengarahnya, Profesor Madya A Razak Mohaideen berkata penghasilan sitkom itu memberi peluang kepada pihaknya untuk menampilkan pelbagai isu dan permasalahan yang dilalui seisi keluarga.

“Kami masih mengekalkan konsep yang sama. Di samping beberapa pelakon utama seperti Saiful Apek, Piee dan Mak Bee (Sheila Mambo) sitkom kali ini turut menampilkan beberapa pelakon baru. Sitkom ini ternyata berbeza dengan Anak Mami walaupun boleh dikatakan konsepnya agak serupa. Perbezaannya dapat dilihat dari segi pelakonnya dan penceritaannya.

“Sitkom ini mungkin ada elemen gabungan Mami Jarum dan Anak Mami. Setakat ini penggambaran untuk musim pertama sudah selesai. Jika mendapat sambutan sudah pasti kami akan meneruskan penggambaran untuk musim kedua,” katanya ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama pelakon siri berkenaan di Sri Pentas TV3, baru-baru ini.

Kata Razak, sitkom 13 episod itu mengetengahkan beberapa isu yang lebih dekat di hati penonton. Setiap episod mempunyai pecahan dan menampilkan isu yang tersendiri. Penggambaran yang berlangsung di sebuah banglo di Kayangan Height dan sekitar Pulau Pinang awal Januari lalu.

“Selagi ada permintaan saya akan terus kekal dengan formula membawa karya filem kepada drama televisyen. Ikut perancangan asal Apek berlakon dalam sitkom Anak Mami namun disebabkan komitmen lain dia tidak dapat turut serta menjayakan watak berkenaan. Begitupun, disebabkan itu Apek ditawarkan menjayakan Nana Tanjung,” katanya.

Mengulas penampilan dua muka baru dalam sitkom itu, Razak menyifatkan mereka berbakat besar dalam bidang lakonan begitupun perlu diberi ruang untuk melangkah lebih jauh dalam dunia seni.

“Mereka menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi dengan menghadiri sesi uji bakat yang kami anjurkan. Sebagai pendatang baru, saya lihat mereka berjaya melepasi ujian yang diadakan. Ini adalah pendedahan pertama mereka dalam drama. Begitupun, saya percaya jika diberi peluang mereka mampu pergi jauh dalam bidang ini,” katanya.

Sementara itu, teraju sitkom berkenaan Saiful Apek mengakui selesa dapat bekerjasama dengan barisan pelakon yang sudah serasi.

“Seronok dapat menjayakan watak dalam sitkom ini. Watak utama dalam siri ini pastinya Pak Piee. Saya hormat dan sanjung lakonannya. Walaupun pada usia berkenaan dia masih boleh berlakon dengan baik apabila membabitkan babak lakonan yang panjang,” katanya.

Nana Tanjung menceritakan mengenai isu harian yang dialami keluarga Piee. Saiful Apek yang melakonkan watak Akhbar Khan dan juga menantu Piee sering membuat Piee dan Mak Bee pening. Keadaan menjadi semakin gamat dengan telatah dan kerenah tiga anak perempuan mereka.

Sumber :
Utusan Malaysia
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP