Until Death Do Us Part - Jonas

Isnin, Mac 30, 2009

#358. Kecoh karya homo

ADEGAN ‘cium’ antara Roslan dan Fizz Fairuz mencetus kontroversi [foto]

LEWAT kebelakangan ini, ceritera yang diangkat daripada golongan lelaki homoseksual dan golongan mak nyah dijadikan satu inti pati baru dalam dunia hiburan tempatan. Benar, di luar negara, kebebasan dan penerimaan tanpa halangan agama menjadikan karya-karya sebegini diterima baik.Di Malaysia, ia melahirkan pelbagai persepsi. Mengikut hukum, homoseksual atau mak nyah tetap haram kerana mereka bercinta dengan kaum sejenis selain berpenampilan seperti perempuan.

Sementara bagi para pengkarya, mereka hanya ingin menyajikan cerita yang mampu memberi pengajaran dan keinsafan kepada khalayak.Seperti ulasan Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, matlamat tidak menghalalkan cara yang membawa maksud, walau mereka ingin menimbulkan keinsafan, haram tetap haram apabila lelaki berpakaian perempuan dan perbuatan tersebut dilaknat Allah s.w.t.

Sejauh mana pula penerimaan barisan pelakon tentang isu ini selain daripada memberi jawapan klise iaitu mereka hanya melakonkan watak-watak tersebut?


SB: Kenapa ambil watak sebegini - bercinta dengan kaum sejenis atau menjadi lelaki lembut?
R:Ini hanya lakonan dan ia membawa mesej yang baik terhadap gejala sosial yang sedang berlaku. Kita nak timbulkan kesedaran pada khalayak bahawa hal seperti ini memang wujud dalam masyarakat kita sejak dulu lagi. Kita memang ada komuniti lelaki lembut atau lelaki gay. Jadi ini yang kita pertontonkan semula.

N: Dari sudut lakonan, saya selalu dapat karakter beruniform, anak orang kaya dan bila datang peluang begini, saya tak nak lepaskan. Jadi bila Sheila Rusly bagi skrip, saya rasa saya perlu cuba. Memang pada peringkat awal saya rasa tepuk dada tanya selera. Ini watak yang sukar, Sebab saya tak ada pengalaman, jiwa kosong. Zee tahap di pertengahan lelaki. Saya fikir tentang kemampuan diri. Persepsi masyarakat akan timbul dan saya tak boleh penuhi kehendak semua orang.

Okey, orang industri akan kata bahawa mereka nak beri mesej. Tapi untuk sampai kepada mesej itu, ia melalui proses komersial dan kontroversi. Maksudnya dalam sejam cerita, barangkali hanya 20 minit pengajaran dan 40 minit lagi sisi komersial. Ia tidak seimbang?

R: Kita memang buat cerita untuk timbulkan kesedaran. Kalau nak cakap pasal mesej di hujung cerita, ia sama macam kita baca buku cerita iaitu kita akan baca jalan ceritanya yang mungkin komersial dan akhir cerita baru dapat mesej.

Cakap pasal kontroversi, macam kes saya, saya kononnya bercium dengan Fizz Fairuz, tapi sebenarnya ia adalah teknik CPR.

N: Pada saya, kita kena tahu ini platform mereka berkarya dan menjana pendapatan. Dan untuk stesen televisyen, mereka perlukan elemen untuk pengiklan. Ini semua bisnes. Ini setara untuk semua orang.

Roslan, dalam drama itu gambarannya kamu syok dengan kaum sejenis?
R: Memang, tapi dalam realiti kehidupan, saya masih suka perempuan.

Namun lewat kebelakangan ini, sudah banyak sangat lambakan cerita yang berteraskan golongan ini. Kalau terlalu banyak, ia sudah tak jadi macam satu kesedaran, sebaliknya satu trend dan seperti cuba ambil kesempatan dengan kehangatan isu ini?
R: Saya tak nafikan ini macam satu musim. Saya lihat, musim mengetengahkan watak lembut ini menjadi lebih hangat selepas Rusdi Ramli membawanya dalam filem Waris Jari Hantu.

Saya tak tahu motif sebenar produksi adalah kerana trend atau mahu memberi kesedaran. Tapi saya tahu, masyarakat sudah boleh terima watak sebegini dalam hakikat lakonan.

N: Nampak gaya macam satu musim. Macam masa hangat cerita hantu, semua pun buat cerita hantu. Tapi ini bukan fenomena sebab kita kena ambil kira sensitiviti semua pihak.

Pada saya, sesuatu pembaharuan akan dapat respons yang positif dan negatif. Jadi ia perlu seimbang.

Definisi lelaki lembut pada pandangan kalian?
R: Pada saya, lembut ini ada tiga peringkat. Pertama, lembut dalam menghormati orang lain. Kedua, lembut dalam perwatakan dan tingkah laku dan ketiga lembut kerana berpakaian perempuan.

Saya akui, saya memang lembut. Tapi saya tergolong dalam golongan pertama dan kedua iaitu lembut perwatakan dan tingkah laku serta lembut menghormati orang. Tapi saya tidak berpakaian perempuan.

Walaupun saya lembut, orang tak tahu saya juga pemarah dan panas baran. Saya masih ada sifat lelaki yang kental.

N: Setiap lelaki memang ada sifat feminin dalam diri. Kalau tak, dia tak akan menangis. Saya lelaki sejati. Dan saya percaya memang naluri ini ada sejak kecil. Kita tengok, kita tahu berapa darjah kelembutannya. Lelaki sejati, ada tenaga menjadi ketua. Saya juga bukan jenis metroseksual.

Bagaimana pula dengan golongan homoseksual, pondan dan mak nyah?
R: Oh, soalan ini agak sensitif untuk dihuraikan. Tapi pada saya, gay, pondan dan mak nyah ini macam satu penyakit diri sendiri. Macam orang sakit buah pinggang. Ia jadi penyakit diri mereka sendiri dan kita tak boleh nak hukum mereka kecuali Allah.

Tapi awak tanya saya, saya melihat perwatakan golongan gay atau homoseksual ini terdiri daripada lelaki macho. Pondan pula berpakaian perempuan sementara mak nyah pula adalah golongan yang sudah menjalani pembedahan. Ini isu sensitif, sebab itu saya kata ia adalah penyakit peribadi.

Tapi menyerupai wanita itu haram dalam Islam.
R: Saya tahu memang haram, tapi kita tak boleh nak hukum orang. Macam saya cakap tadi, saya memang lembut, tapi saya tak menyerupai wanita. Macam inilah, bila Tuhan bagi hidayah, maka dia akan kembali ke jalan yang betul. Dalam dunia, tak ada yang sempurna.

Masyarakat boleh pandang serong, tapi Tuhan beri kelebihan kepada setiap individu tersebut. Sama macam perempuan jadi pengkid. Saya pun tak tahu kalau satu hari saya kahwin, jodoh, siapa tahu. Dan saya masih berminat pada perempuan.

N: Yang penting, dalam diri saya sendiri saya berpegang kepada Rukun Islam yang lima dan Rukun Iman yang enam. Dari sudut niat, saya menjalankan tanggungjawab saya. Kita tak menghalalkan cara, tapi kita cuba cungkil apa yang perlu kita tonjolkan.

Ada diskriminasi terhadap lelaki lembut?
N: Tak ada langsung. Pada saya mereka golongan kreatif. Saya tak ada sebarang diskriminasi. Mereka unik. Jangan pandang kelemahan orang.

Menjalani proses menjadi wanita, bagaimana rasanya?
N: Menderita. Saya bersyukur jadi lelaki. Sebab selama ini, saya berlakon, solek tak sampai lima minit. Sebab jadi perempuan, saya perlu disolek selama dua jam. Dipasangkan bulu mata, pakai rambut palsu. Ini pengalaman yang paling berharga yang buat saya bersyukur dilahirkan sebagai lelaki. Alhamdulillah.

Bila tengok muka, anda rasa anda cantik?
N: Saya tak ada perasaan melihat diri sendiri jadi perempuan. Tapi mak kata saya macam heroin Hindustan.

Sumber : Kosmo

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP