Until Death Do Us Part - Jonas

Isnin, April 13, 2009

#393. Filem kisah Zaiton Sameon

TANPA banyak publisiti, khabarnya Les'Copaque Production Sdn Bhd yang menerbitkan filem animasi Geng: Pengembaraan Bermula, akan menerbitkan filem kisah perjalanan hidup penyanyi Zaiton Sameon daripada mula menjadi penyanyi sehingga dia terbabit dalam kemalangan jalan raya yang turut mengorbankan anak tunggal kesayangannya.Pelakon yang bakal pegang watak Zaiton dalam filem itu adalah Nurul Huda Abdul Wahab (Nurul).SS juga difahamkan sebahagian hasil kutipan jualan tiket filem itu nanti akan diberikan kepada Zaiton.SS pun agak lama tidak mendengar khabar berita mengenai Zaiton.Kat mana agaknya dia sekarang.

Kali terakhir yang SS tahu, Zaiton tidak lagi tinggal bersama adiknya, Shahril Sameon, tetapi tinggal bersama keluarga angkat. Hendak menyanyi pun dah tidak upaya. Rakan SS yang pernah menemu bualnya beritahu Zaiton mengalami masalah 'lupa' dan percakapannya agar sukar difahami.Tak tahulah kenapa Zaiton tidak tinggal bersama adiknya lagi. Tak kuasalah SS hendak meneka macam-macam kerana ia membabitkan masalah keluarga. Jika benar ada yang tidak kena biarlah mereka selesaikan sendiri.

Sebagai orang luar kita sekadar melihat daripada luaran saja, tetapi pahit getir kehidupan mereka yang melaluinya. Jadi SS memang tak layak untuk berprasangka bukan-bukan terhadap Shahril mahupun Zaiton. Cuma kalau ada pihak yang ingin membantu mengurangkan beban Zaiton, ia usaha yang sangat murni.

Sebelum ini, dengarnya Zaiton mendapat pencen daripada persatuan artis ini, tetapi menurut desas-desus yang sampai ke telinga SS, sudah beberapa bulan dia tidak menerima wang saraan itu. SS tak tahu pula macam mana nasib penerima pencen yang lain kerana selama ini SS tengok persatuan artis itu 'steady' saja.

Niat baik Les'Copaque Production sewajarnya dipuji malah SS yakin mereka mempunyai idea yang segar dan baru untuk menghasilkan filem itu. Apatah lagi keupayaan mereka sudah terbukti apabila Geng berjaya mengutip hampir RM7 juta selepas lebih dua minggu ditayangkan di pawagam. Bagaimanapun, belum penggambaran filem itu bermula timbul pula kontroversi apabila pengarah asal yang sepatutnya mengarahkan filem kisah Zaiton itu disingkirkan. Sedangkan sebelum ini menurut cerita rakan SS, pihak syarikat yang beria-ia hendak mengambil pengarah itu mengarah kerana pengarah itu berjaya membuktikan kemampuannya menerusi filem terbitannya sendiri.

Tup tup ketika kerja hampir bermula, pengarah itu disingkirkan dan digantikan dengan orang lain. Begitu pula kisahnya. Hai! Lain kali sebelum hendak mengambil sesiapa bekerja, berfikirlah dengan sedalamnya kerana ia boleh merosakkan reputasi orang itu.

Sumber : Harian Metro

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP