Until Death Do Us Part - Jonas

Khamis, Jun 18, 2009

#527. Anugerah Sebelum Arwah

Relevan atau praktikal senario seumpama itu, realitinya ia berlaku dalam industri hiburan tanah air.

Pelbagai anugerah dan pengiktirafan diberi kepada tokoh atau seniman yang sudah pergi untuk selama-lamanya, walhal sepanjang hayatnya, kelibat anugerah atau sebarang mekanisme penghormatan buat mereka bagai menanti bulan jatuh ke riba.Kewajarannya sering dipersoalkan seperti mana Selebriti mendapat pandangan dua aktivis seni — Datuk A Rahman Hassan yang juga Presiden Papita dan Pensyarah Fakulti Komunikasi Universiti Malaya (UM), Dr Abu Hassan Hasbullah.

Rahman yang lebih tiga dekad mengharungi dunia seni berpendapat anugerah, pengiktirafan atau sebarang elemen penghormatan tidak perlu dan tidak relevan lagi untuk diberi kepada yang sudah mati.“Mereka yang menerima anugerah sepatutnya individu yang dihargai dan perlu berasa kegembiraan itu. Malah, sesebuah pengiktirafan perlu dirai dan dikongsi bersama supaya perasaan rasa dihormati itu diketahui umum serta memberi reputasi baik pada mata masyarakat.

“Jadi tindakan seumpama ini jelas tidak relevan buat mereka yang sudah pergi. Meskipun ahli keluarga boleh mewakili, hakikatnya ia tetap berbeza dan keraian itu tetap janggal dan tawar,” katanya.

Terus mengukuhkan pendirian sama, Abu Hassan menegaskan, definisi semua konsep penganugerahan perlu distruktur semula supaya masyarakat tidak tersasar daripada maksud asal.

“Sistem pengiktirafan yang dijalankan di negara ini perlu dipuji kerana jika ditinjau daripada perspektif positif, ia satu usaha untuk menghargai seseorang yang banyak berjasa kepada sesebuah bidang, sekali gus mengharumkan nama negara.

“Malah dengan kaedah seumpama ini, individu yang terpilih akan dipandang penuh hormat, selain meletakkannya ke satu tahap luar biasa.

“Secara umumnya, penganugerahan buat si mati masih tidak relevan kerana impak dan momentum yang sepatutnya dirasa akan jatuh menjunam kerana masyarakat gagal melihat individu terbabit.

“Lebih menyedihkan, si mati tidak sempat meraikan kejayaannya. Itu yang menjadi titik tolak wujudnya ungkapan tidak wajar dan tidak berkesan konsep pengiktirafan buat mereka yang sudah tiada,” kata Abu Hassan yang juga pengkritik tetap program realiti, Pilih Kasih.

Rahman dan Abu Hassan sependapat, usaha memartabatkan individu yang banyak berjasa perlu digesa kerana ia satu alternatif supaya masyarakat tidak terus lupa kepada mereka yang pernah mempelopori zamannya ketika itu.

P Ramlee umpamanya perlu diangkat setinggi itu berdasarkan pencapaian, sumbangan dan jasanya yang masih diguna pakai sehingga ke hari ini.

Begitu juga dengan Datuk Nicol David dan Datuk Sheikh Muzaffar yang berjaya mengharumkan nama negara di mata dunia, mereka perlu diberi penghormatan kerana generasi muda mula mengangkat mereka sebagai ikon.

Kebimbangan hilangnya nama mereka yang cukup hebat dari ingatan serta benak pemikiran generasi baru adalah satu sindrom yang perlu diambil serius.

“Mana hilangnya pelopor wayang kulit, Dolah Baju Merah, Khatijah Awang, Mat Sentul, S Kadarisman dan lain-lain? Adakah kita akan mula lupa semua nama ini?

“Sepatutnya sistem ini perlu ditukar daripada asasnya dengan memberi penghormatan kepada tokoh dan seniman veteran supaya industri ini terus bertamadun,” kata Abu Hassan.

Sumber : Harian Metro [07/06/09]
Oleh MURSHID EUNOS

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP