Until Death Do Us Part - Jonas

Selasa, Februari 03, 2009

#71. Cinema : Sepuluh (2009)

" Perjuangan Tragis Anak Jalanan Jakarta "

Filem : Sepuluh ( 2009 )
Genre : Drama,
Tayangan : 05hb, Februari, 2009
Web : http://www.film-sepuluh.com
Indonesia : First Media Production
Direktor : Henry Riady
Produser : Johannes Tong
LakonLayar : Doddy Soeriapoetra, Nico Hermanu
Muzik : Addie MS
Pelakon : Ari Wibowo, Rachel Maryam, August Melasz, Keke Harun,Yofana

Filem Sepuluh berkisar tentang perjuangan hidup anak-anak jalanan di Jakarta, pergelutan antara kasih sayang, undang-undang, kemanusiaan dan realiti kehidupan membawa penonton menyorot kisah percintaan Thomas ( Ari Wibowo) dan Yanti ( Rachel Maryam) yang tidak kesampaian setelah tidak direstui keluarga hingga membawa kepada perpisahan yang memeritkan hidup Yanti namun diteruskannya juga hidup sehingga beliau bertemu jodoh dan mendirikan rumahtangga bersama Aditya (Mario Tanzala) teman sekuliahnya manakala Thomas pula menerima Andrea sebagai isteri pilihan keluarganya.

Derita Yanti belum berakhir malah baru sahaja bermula bilamana diketahui bahawa suaminya seorang penagih dadah tegar dan kehilangan Maria, puteri tunggalnya meragut seluruh kebahagiaannya tanpa diketahui olehnya bahawa suaminya sendiri yang menculik dan menjual anak untuk mendapatkan wang bagi membeli bekalan dadah dan melunaskan hutang. Aditya bukan sahaja menculik dan menjual anak sendiri malah kemudiannya sanggup menganiayai Yanti dengan memerangkapnya sehingga ditangkap polis dan dipenjarakan atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya.

Takdir menentukan Thomas kehilangan isterinya Andrea akibat penyakit buah pinggang meninggalkan seorang anak lelaki bernama David yang akhirnya juga menderita penyakit yang sama. Thomas yang merasa bersalah pada David kerana pengabaiannya selama ini atas kesibukannya menjalankan perniagaannya berazam untuk melakukan apa sahaja demi kesembuhan anaknya. Diketika itu juga Yanti bebas dari penjara dan berazam mencari anaknya Maria hingga dipertemukan dengan Mongki (Yofana), seorang anak kecil yang menjadi pengemis jalanan bagi sindiket yang diketuai oleh Dargo (Augus Melasz).

Kehadiran Mongki sedikit sebanyak mengubat rindu Yanti pada Maria namun semakin lama mengenali Mongki semakin Yanti mengetahui rahsia hitam sindiket anak jalanan yang menjalankan aktiviti haram penculikan kanak-kanak untuk dijadikan pengemis dan dijual pula keluar negeri, menjadi pekerja seks bawah umur, pengemis dan menjadi korban bagi penjualan organ dalaman. Kenyataan ini bertambah meruncing bilamana semakin hari semakin bertambah teman Mongki menghilang tanpa dikesan dan ketakutan mula menyelubungi Yanti. Yanti takut kehilangan Mongki dan disaat itu pula, Thomas terdesak mencari penderma buahpinggang buat David yang semakin tenat. Tidak mahu memperjudikan masa depan anaknya, Thomas nekad bertemu Dargo bagi mendapatkan organ buahpinggang dipasaran gelap.

Disamping itu Yanti berperang dengan naluri keibuannya berkemungkinan anaknya Maria mengalami nasib yang sama dengan anak jalanan yang ditemuinya atau apakah Mongki itu anaknya? derita batin Yanti memuncak bilamana mengetahui Mongki diseksa oleh Dargo kerana membocorkan rahsia kegiatan sindiket. Thomas pula terjerat antara hidup mati anaknya dan tanpa diketahuinya polis yang selama ini telah menyiasat kegiatan Dargo bakal menghancurkan impian putranyauntuk memiliki buahpinggang yang baru.

Trailer :


Maya amat tertarik dengan tema yang kanak-kanak mengingatkan kembali sentuhan filem Laskar Pelangi (2008). Filem debut arahan sutradara muda yang baru berusia 19tahun ini mengajak penonton menyelusuri kisah benar disebalik Kota Jakarta dengan mengangkat kehidupan 'hitam' anak jalanan sebagai tema utama. Henry cuba mendedahkan masalah sosial; masalah penyalahgunaan dadah yang meruntuhkan institusi rumahtangga hingga kepada masalah penyeludupan dan penjualan organ manusia. Filem ini juga menyaksikan 'comeback' aktor Sinetron pujaan ramai iaitu Arie Wibowo yang hampir 15tahun menghilang dari dunia lakonan. Maya ternantikan lakonannya dilayar filem setelah filem terakhirnya Simanis Jembatan Ancol (1993), apakah sentuhannya masih berbisa dibawah sutradara yang masih kuliah semesta empat di Biola Universiti, LA?.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP